Wednesday, 30 April 2014

Macaroon


Salam semua.

Entry harini aku nak cakap pasal macaroon. Haa gamba yang atas tu percubaan pertama kakak aku buat macaroon. Aku tolong sikit2 ja tapi bab makan aku yang habiskan. 

Susah jugak nak buat macaroon ni. Aku tabik la dekat sapa2 yang mampu design macaroon macam2 bentuk. Kreatif betul dorang nih. Aku takde la minat baking nih. Tapi aku tengok jugak la instagram pasal baking ni. Ada satu instagram ni aku paling suka. Korang pun kalau berkesempatan tengok la instagram die @wahdi_lechouttemacaron. Tersangat kreatif. Aku mls nak screenshot gamba cake die korang tengok la sendiri. 

Macaroon ni nak makan selalu memang tak la sebab manis sangat. Sekali sekala boleh la nnt tak pasal kencing manis pulak. Macam yang kakak aku buat tu kteorng letak nutella je. Sedap jugak la walaupun baru first time buat hoho.. Ni kalau kakak aku baca kembang pulak die aku puji sebab aku selalu kutuk die. lol \^^/..

Kalau korang rasa nak makan macaroon beli la di kedai2 yang available. Tak susah nak cari macaroon ni sebab boleh dikatakan banyak jugak la kedai dah jual macaroon. Macam trend la jugak macaroon ni. Itu je kot untuk entry kali ni. Apa yang penting macaroon sangat Miammmm...

Monday, 28 April 2014

CLASSROOM




Post ni nak aku tulis fasal apa pulak? Hmm meh aku cerita pasal kelas aku masa form 5 laa ek. Sepanjang hidup aku, aku rasa masa form 5 laa paling best kot. Senior year laa katakan(kononnya senior laa sangat). 5 Al-Battani nama diberi. Cool tak nama kelas aku. Masa tu kelas ni macam kelas nombor satu, kelas elite(uhuk uhuk!! nak bangga sikit). Tapi aku takde laa pandai mana pun nak dibandingkan dengan yang lain tapi pandai laa jugak sikit

Warga Elite

Guru kelas aku masa tu nama dia Harfidah Arjan. Dia cikgu English, ticer la ticer. Dia cikgu baru pindah dari teknik kulim rasanya. Cantik gila ticer aku. Serius aku cakap, macam anak dara tapi sebenarnya dah ada dua anak. Kalau tak kahwin lagi, dah lama aku ngorat ticer aku ni. LOL!


Kelas tu ada 30 orang termasuk aku. Mus, Hilman, Barat, Irham, Zaim, Brian, Cheong, Sessy, Khir, (Azmeer), Miza, Syifa, Bella, Dayah, Atul, Izzah, Hani, Sab, Ika, Sal, Jannah, Mia, Jobot, Esha, Zaf, Suba, Siva, Jajee, Syalin dan AIZAD! Semua hebat hebat, macam macam perangai kerenah. Tak menyesal kenal korang semua. Battani Elites la katakan (hahaha)
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi kesuntukan masa. Aku rindu suasana kat Battani dulu sebenarnya. Nak tulis ni pun rasa sedih. Hmmm tapi semua dah ada haluan masing masing. Harap nanti reunion dapat la jumpa korang balik sambil pimpin anak kiri kanan! hikhik.











Thursday, 24 April 2014

PUAK

United Soul
Batch yang paling gempak, awesome, terbaik dan sebagainya, itulah UnitedSoul.
UnitedSoul ni nama batch aku masa belajar dekat SABDA. Secara akronim nye boleh la panggil kami ni batch US. 

Well, bukan la nak over bangga dengan batch sendiri ke apa, tapi dah lumrah sekolah asrama memang macam ni, mesti ada semangan ke-batch-an.

United Soul ni batch kedua sekolah ni which is intake in 2010. So, masa mula-mula masuk F4 tu, masing-masing jumpa muka baru (except yg mmg dari sekolah sama la). Kalau jenis asrama yang dah lama, intake F4 ni biasa nye nak penuhkan kekosongan budak2 PMR yang tak lepas result (bahasa kasar: kena buang).



Luqman/Luq ni Ketua Batch aku. Dia ni jenis gila-gila, kepala tak betul sikit (tengok gambar dah faham kan). Dia ni ketua yg ke3 utk batch US ni. Ketua yang asal keluar dari sekolah, yang 2nd pulak tarik diri dari jawatan. Even dia ni jenis Hoo-Haa-Hoo-Haa, tapi dia bagus buat kerja. Tak sama kelas, but we are still really close (semangat batch la konon!). 



Ha, yang ni pulak bestfriend, Adi. Dia ni sama kelas dengan aku masa F4, tapi tragis nye terpisah kelas masa F5(kelas sebelah2 je pun). Kalau dia ni takde masa F4 dulu, aku dah lama keluar SABDA tu. Iangat aku suka sangat ke asrama tu, terseksa. But this guy push me through everything. Dia ckp benda ni bukan selalu dpt, why not try your best and then see the results, suka stay, still tak suka stay. SABDA tu mmg Adi ni jela ke mana-mana pun - makan, kelas, riadah, prep malam, lepak dorm. Arghh, I'm so grateful meeting him.

Aku memang bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang awesome dlm batch ni. Masing-masing ada karakter yang tersendiri, buat aku senang je rasa hidup 2 tahun kat SABDA tu. Siapa sangka tempat yang kita rasa susah pertemukan dengan sahabat yang paling kita hargai (p/s: Don't judge too quickly).

Walaupun byk masalah yang jadi sepanjang 2 tahun tu, aku rasa kita dah buktikan yang batch kita ni nakal-nakal pun hebat jugak. 47 straight A's and 5 of them are straight A+. Wohooo. Daripada 5 tu pulak 2 dpt National Scholarship. Sorang ke Oxford sorang ke Imperial. Serious tak faham mcm mana korang belajar (T_T nangis terharu).

Aku harap walaupun kita sekarang move on masing2 punya jalan, all the momories we create together remains forever. Nanti dah tua-tua boleh la cerita (dengan bangga) dekat anak, cucu, cicit dan seterusnya. InsyaAllah. All the best to everyone, semoga sentiasa berjaya di dunia mahupun akhirat.


We believe we can fly!

Kem Pulau Pangkor 2010

Raya Haji 2011

Berbuka puasa - KLCC 2012

Wednesday, 23 April 2014

SABDA

Setiap orang mesti ada memori sekolah masing-masing kan. Tak kira la yang pahit ke, yang seronok ke, yang pasti semua mesti lalui zaman persekolahan ni.

Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
Nama panggilan sekolah aku ni SABDA. Sekolah ni mula beroperasi masa 2009. Aku masuk sekolah ni lepas keputusan PMR. Masa tu 2010, jadi nak cerita nye, aku ni 2nd Batch sekolah ni la. Sekolah ni salah satu SBP yang ad kt Malaysia ni. 


SABDA's view
Yup, sekolah ni memang keliling nye ladang kelapa sawit sahaja. Tak nak kasi budak-budak chance untuk fly a.k.a ponteng sekolah la ni. Nanti buat tengah bandar ada je yang nak keluar/lari dari sekolah kan. 

Mula-mula masuk sini aku takdelah berkenan sangat dengan sekolah nye. Tapi sekolah ni memang cantik la. Sekolah baru la katakan. Semua bangunan dia terancang binaannya. Aku tak suka bukan sebab apa, maybe sebab dia asrama dan aku first time duduk asrama. To make it simple, aku tak biasa jauh dari keluarga. HAHA, anak manja!!!

Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga belajar kat SABDA ni for 2 years. Berkat usaha cikgu-cikgu yang mengajar, dan bantuan rakan-rakan, aku berjaya la dapat keputusan yang elok masa SPM.

Terima kasih SABDA.

Monday, 21 April 2014

Ada Apa Dengan Kpop?

hello kpoppers. tudia intro aku macam blogger kpop terhebat ngehehe.

ada apa dengan kpop?



korang tau tak apa itu kpop? confirm la tau kan. tipu la kalau korang cakap taktau aku sekeh sorang-sorang nanti. padahal siap hafal step tarian lagi. ceh menari senyap-senyap.

aku tau jugak la sikit-sikit pasal kpop. time tu aku form 2 macam tu la. kakak aku dah terpengaruh teruk punya dengan kpop wave nih. aku time tu layankan aje la. aku layan yang perempuan la sebab cantik dan comel walaupun plastik ada kisah. 




comel kan? (=.=)"

yang paling aku tak faham sekarang nih memang trend ke dorang dok minat lelaki-lelaki yang muka dah macam nak perempuan tuh? apa orang panggil muka jambu. macam ni ha..




confius aku perempuan ke lelaki nasib ada halkum. aku tak nafikan disebabkan aset rupa yang jambu, kacak dan tinggi membuatkan ramai gadis-gadis gila bayang. tapi yang paling aku sakit hati bila kakak aku dok backup dorang bila aku mengejek yang kpop tak nyanyi live. serius cuba korang dengar. kebanyakan show dorang memang tak nyanyi live pun. lipsync je kejenya. mana taknya nanti dengar pulak tersemput-semput sebab dah penat menari kan. ahh terpedaya korang semua. 

dekat malaysia ni kpop memang dimana-mana je ada. masuk kedai no 1 lagu kpop, kedai no 2 kpop sampailah kedai ke 10 semuanya pasang lagu kpop. nak tarik remaja la katakan. marketing kena bijak. salah satu sebab kpop ni jadi fenomena mungkin juga disebabkan klip video diorang yang menarik dengan tarina yang kreatif selain daripada mempamerkan muka dorang yg boleh dikatakan perfect dan teramatlah sedap mata memandang. korang jangan ingat remaja je layan kpop ada tu mak-mak pun layan jugak. dekat aerobic bukan main lagi guna lagu kpop. dorang pun nak jugak mana boleh kalah. hebaq betul kpop ni *clap3x.

dah la aku malas nak komen panjang-panjang nanti tak pasal kena baling dengan telur. aku bukanlah haters ke apa aku layan jugak kpop ni. jangan ingat aku taktau. girls generation, sistar, 4minute, kara semua aku tau. tapi yang penting perempuan la. gila apa aku dok obses dengan lelaki-lelaki yang ala-ala jambu air tu kan. peace no war.

Saturday, 19 April 2014

PEMALU?


Agak nye ada tak yang pernah dengar pasal novel ni? Ada? Takde?
Kalau takde takpe, sebab ni aku nak cerita la pasal novel ni.

The Perks of Being a Wallflower!
Novel ni cerita nye pasal budak lelaki freshman, Charlie, yg socially awkward dekat sekolah dia. Dia ni jenis pendiam, tak reti nak berkawan. Tapi ada sebab nye, yang tu tunggu last-last nanti aku kasi tau.

To make it short, last nye dia dpt la kwn, tapi kawan-kawan dia ni semua senior. Senior yang dia berkawan ni pulak jenis yang liar-liar sikit. Kawan dia tu dua sorang perempuan, Sam, and sorang lagi lelaki, Patrick.
Sejak kawan dengan dua orang ni la baru si Charlie ni rasa seronok masa sekolah dia. Macam-macam benda baru yang dia belajar - elok & tak elok (oppps!).

Si Charlie ni suka dekat Sam, tapi dia tau yang Sam ni dah berpunya. Tapi mamat tu jenis yang teruk sikit, buat Charlie rasa tak puas hati sebab dia rasa that guy is not deserve to be with a great girl like Sam.

Because both Sam & Patrick are seniors, they at last graduate and have to leave Charlie alone. Both of them are going for college. So, sedih la, takkan tak sedih kan kena tinggal. Tapi berita gembira nye Sam has break-up with her boyfriend. Before she left for college, she make up with Charlie and at that moment Charlie tiba-tiba rasa pelik. Dia suka Sam, tapi kenapa dia rasa pelik bila Sam sentuh dia.

Last nye dia teringat he has been molested by his aunt masa kecik. Tu yang buat dia jadi socially awkward. He was scared of the society. Sad but true. Kesian kan?

So, sesiapa yang rasa tertarik dengan novel ni, boleh la try baca. Tapi kalau malas (ehem2!), boleh la tgk je movie dia sbb novel ni dah adaptasi jadi movie. EMMA WATSON yang jadi Sam okay! HAHAHA.


PATRICK SAM CHARLIE




Wednesday, 16 April 2014

Sekolah Sihir

Hei Hei Hei!
Hari aku nak cerita pasal movie Harry Potter!

Eh, korang dh tau paal movie ni. Takpe2, movie ni mmg famous pun so I'm not surprised if you guys mmg ramai yg dh tau. But still, aku nk kongsi jgk sbb ad yg still tau kan.

Aku suka movie ni sebab dia pasal sihir2. Si Harry ni dia masa kecik dh jadi ank yatim sbb parents dia kena bunuh dgn Lord Voldermort (kesian). He grew up with his uncle&aunt. So, masa dia dh 12 tahun, dia dpt invitation utk masuk Hogwarts -sekolah magik.

Dekat sekolah ni la dia jumpe 2 kwn baik dia, Hermoine Granger & Ron Weasley. So, sepanjang movie ni, dia berkisarkan pasal nak betul2 bunuh Lord Voldermort ni la sbb dia tu the greatest evil. BAHAYA!

Ron, Hermoine, Harry


Movie ni adaptasi dari novel sebenarnya. Penulis dia J.K.Rowling. Novel dia ada 7 series semuanya
1. Harry Potter and the Philosopher's Stone
2. Harry Potter and the Chamber of Secrets
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
4. Harry Potter and the Goblet of Fire
5. Harry Potter and the Order of the Phoenix
6. Harry Potter and the Half-Blood Prince
7. Harry Potter and the Deathly Hallows


Tapi utk movie semuanya ada 8 series sbb novel yang last, dia pecah kan jadi 2, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 & Part 2. Movie ni mmg epic gila la. Korang sangat sangat sangat kena tgk! Aku kalau nak cerita memang sepanjang hari tak habis tulia. 8 series kot! HAHA.








Tuesday, 15 April 2014

HARRIES TWINS


Korang pernah dengar tak pasal Youtubers? Youtubers ni personaliti yang ada dalam laman YouTube. Diorang ni semua buat video, then upload dalam YouTube. Sejak akhir-akhir ni, Youtubers makin banyak woo. Bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. (ehem2, peribahasa sikit!).

Dekat Malaysia benda ni takdelah fenomena mana, tapi ada jugak lah yang famous. Contoh yang aku yakin ramai tau ialah Mat Lutfi. Aku follow jugak la mamat ni, tapi aku lagi banyak tengok Youtubers yang dari UK & US ni.

Jack & Finn
Siapa Youtubers favourite aku? *drum roll* Jack Harries & Finn Harries!
Jack & Finn ni nama account nye Jacksgap. Ni aku baik hati berkongsi link kalau korang nak jenguk2 jugak.  http://www.youtube.com/user/JacksGap/videos

Asal nye si Jack ni masa 2011 dia baru habis high school. So dia cadang masa cuti, dia nak buat video untuk isi masa lapang. Tu sebab nye nama account dia Jacksgap. Gap year dia sebelum masuk universiti. Video dia ni start viral bila kembar dia, Finn start muncul dalam video. 1st time si Finn ni muncul masa video yang ke7 (My Brother Finn). Kembar ni yang abang nye Finn, adiknye Jack.

Kenapa aku suka tengok Jacksgap. Hmmmm. Aku ras sebab video diorang ni stailo je. Tak de nak over2 react ke. Just act natural. HAHA. Ouh yeah, I've not mention they're from London! Another reason why I love them, because of the accent. The BRITISH ACCENT! Sedap ooo dengar diaorang cakap.

Jack & Finn with other Youtubers from UK
Sejak aku follow youtubers ni kan, aku dapat improve aku punya English. Serious aku tak tipu. Bila kita tengok movie, biasa nye kita harap pada subtitle. Tak kisah la sub tu English ke Melayu. Tapi bila video Youtube ni, manalah ada sub. So, nak tak nak kena faham jugak apa diaorang ni cakap.

Mula2 susah, tapi bila dah lama and banyak kali tengok, Alhamdulillah, improve dari skill listening. Hehe. Sangat membantu masa aku nak jawab MUET dulu. Well, aku bukan la hebat sangat English kan. So, ni antara effort aku nak improvekan diri sendiri. Cari benda yang menarik and have fun sambil belajar.

So, aku sangat-sangat mencadangkan korang follow la Youtubers ni. Sangat Edutaintment (Educational & Entertainment). *word tu aku belajar dari youtubers la* HAHA.

Logo JACKSGAP
BYE!

Sunday, 13 April 2014

Crush?


Hello guys!
Kali ni nak kongsi sikit pasal gadis idaman. Ha Ha Ha!

Aku rasa hampir semua orang muda (teenagers) and even yg dh berumur sikit pun kenal dia ni. She is Emma Watson or nama penuh dia Emma Charlotte Duerre Watson. Dia lahir 15/4/1990 which means she is 24 years old right now (4 tahun tua dari aku). But its okay, nowadays, ramai gadis suka laki yg lagi muda. LOL!

Kenapa aku ckp ramai kenal dia? Well, takkan la korang tak pernah tgk the great and famous movie series ever which is HARRY POTTER! Duhhhh!!! Emma ni pegang watak Hermoine Granger which is one of the main character of the movie. Dia dh berlakon cerita tu since the 1st installment iaitu Harry Potter and The Sorcerer's Stone sampai la sampai ke penamat utk movie tu iaitu the 8th movie Harry Potter and The Deathly Hallow Part 2.

Emma Watson as Hermoine Granger
Well, aku minat dia ni bkn la nak ckp apa, tapi dh memang drop dead gorgeous. Lepas tu, yg penting nye, dia ni BEAUTY with BRAIN! She just graduated from Brown University okay! Jgn main2 dgn dia ni, walaupun busy dgn kerja lakonan dia, she still able to graduate!

Cantik & Bijak
Jadi nya, itu lah apa yang aku nak kasi tau. Aku tau aku ni berangan jela nk dpt dia (opps). Tapi apa salah nye berangan. Mana tau nnti dpt jmpe dia. Dpt jmpe depan mata pun dh cukup okay. Hehe. Last but not least, please enjoy the collection of photos of Emma.