Sempena peperiksaan akhir yan tak lama lagi ni,
elok rasanya kalau dapat berkongsi beberapa tips
menghadapi peperiksaan. Semoga stress semua
hilang dan ilmu mudah nak masuk.
1) 'Study group'. Belajar secara berkumpulan dapat meningkatkan kepahaman dan dapat menjimatkan masa sekiranya, banyak lagi nota yang belum dibaca.
2) Berjumpa pensyarah bagi mendapatkan tips dan mengutarakan kekusutan yang kita hadapai dalam subjek tersebut
3) Beriadah bagi memberi ruang kepada minda dan badan untuk berehat setelah menelaah
4) Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan
5) Memohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa, pensyarah dan sahabat sebelum hari peperiksaan.
6) Berdoa kepada Allah ( bagi Muslim) agar segalanya dipermudahkan.
7) Jangan panik sekiranya tidak dapat menghabiskan ulangkaji. Takut, nanti dalam dewan peperiksaan, 'blank'. Susah pulak nanti.
9) Makan makanan yaang seimbang. Elakkan makanan yang berminyak dan masam kerana diyakini dapat mengurangkan kebolehan mengingat.
10) Jaga kesihatan diri. Jangan cuba membahayakan kesihatan diri pada musim peperiksaan.