Assalamualaikum.
harini aku nak cerita sikit la pasal satu buku ni. aku bukan la jenis yang rajin sangat nak baca buku-buku ilmiah gini. tapi disebabkan dipaksa oleh kakak aku so baca jela.
(ni la buku tu. kakak aku suka gamba Ammar yang ni sbb die senyum. kalau korang nak tau Ammar ni jarang senyum kalau tak percaya beli buku ni tengok gambar-gambar dia)
korang ingat tak tahun lepas tiba-tiba nama Ahmad Ammar meniti dibibir setiap remaja tak kira lelaki ke perempuan. sampai mak aku pun sebut-sebut nama Ammar ni. kiranya time tu nama Ammar macam fenomena la. jadi sumber inspirasi untuk remaja-remaja kini yang kian lalai (cewah ayat mesti gempak). So buku ni mengisahkan tentang Ammar semasa beliau masih hidup.
aku ceritalah sikit macam mana Ahmad Ammar ni boleh menjadi sumber inspirasi untuk remaja-remaja. Ammar merupakan rakyat Malaysia yang pertama dikebumikan di Turki iaitu di tanah perkuburan Eyyub Sultan dimana ia merupakan tempat yang mulia di Turki. Subhanallah..
bila baca buku ni memang terdetik dihati nak jugak jadi macam die tapi mampukah aku?? bukan senang kita nak berdakwah. Aku kagum dengan semangat Ammar dalam mempelajari sejarah turki. mungkin dari segi didikan parents dia dari kecil lagi jugak sedikit sebanyak mempengaruhi minat Ammar.
buku ni jugak ade selitkan kata-kata dari Ammar. even baca kata-kata beliau pun dah buat kita tersedar alangkah banyaknya kekurangan diri ini. antara quotes Ammar yang paling aku suka ialah kata-kata beliau semasa bertutr dengan ayahandanya iaitu "Abah, dunia ini untuk berjuang dan unutuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga". Selain tu aku jugak kagum dengan visi Ammar dimana beliau menyatakan bahawa "saya akan mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa Turki dan kerajaan yang pernah diasakan mereka..saya ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU". walaupun perjuangan Ammar masih belum selesai tapi aku yakin dengan kisah Ammar ni mmg banyak memberi inspirasi kepada anak-anak muda.
Hmm tu jela kot untuk entry kali ini. semoga kisah Ammar ni dapat kita jadikan teladan dan berusaha dalam memperbaiki diri kita. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment