baru-baru ni aku dengan family pegi short vacation ke penang. semuanya sebab mak aku la teringign sangat nak rasmi jambatan penang yang kedua tu. kami pegi 2 hari satu malam aje.
sebelum ke penang kami ke sungai petani, kedah ambil kakak aku dulu. menggedik nak ikut jugak. ayah aku pulak bukan nak bagi kakak aku drive sendiri ke penang tu. padahal aku tau sangat kakak aku tu kaki jalan mesti dah hebat jalan penang tapi tula dah ayah aku tak percaya nak buat macam mana kan. tak pasal perjalanan yang sepatutnya 2 1/2 jam jadi 4 jam. lenguh hoii duduk lama-lama.
kami sampai penang ketika malam masih muda gitu la. menginap dekat batu ferigghi sebab kami suka pegi night market tuh. sempat jugak la aku posing dekat night market tu buat-buat jakun tak pernah pegi kan. lol.
esoknya pulak kami pergi ke penang street art. street art penang ni macam baru nak feymes la. semua orang dok kalut kalau pegi penang mesti lepas tu upload kat fesbuk, instgram gambar dorang posing di street art tu tanpa dorang menyedari enggak mungkin dorang hot macam aku. muahahaha (gelak evil).
aku sempat jugak la posing dekat art yang nampak 3D itu. penat jugak la berjalan sebab street art tu terbahagi kepada beberapa bahagian. siap ada map gitu. korang kalau berkesempatan pergi la street art ni. tak rugi pun. lagi satu street art ni dikelilingi bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan sejarah penang. huhuhu
yang 3 gambar bawah ni masterpiece terhebat dari aku, ayah dan adik aku. same art different act
yang bawah ni pulak dengan encik kucing yang tak diketahui namanya.
bawah ni pulak antara bangunan yang terdapat di art street
lepas dah letih berjalan kami pun decide untuk pulang ke perak. tapi sebelum tu kena hantar kakak aku dulu ke kedah. time tu sampai kedah pun dah malam tiba-tiba ayah aku decide untuk bermalam di kedah. maka kami bermalam sehari di kedah. ingat lagi tak tujuan utama kami ke penang untuk apa?? jambatan kedua right? padahal belum lalu pun lagi. so keesokan harinya sebelum balik perak kami masuk penang semula melalui jambatan lama dan keluar melalui jambatan kedua. nampak tak betapa gigihnya family aku. yela kang tak pasal mak aku merajuk payah nak pujuk pulak. setakat itu sahajalah pengembaraan singkat aku sekeluarga. the end.
No comments:
Post a Comment